Wednesday, October 02, 2013

FireWORKS competition putrajaya 2013

Penat balik dari krabi xabes lg, die dah ajak aku g jln lagi, kali ni kat putrajaya jer a.k.a belakang umah...haha...ade fireworks competition..yg ni international punyer...mmg sepuas ati ko tgok bunga api yang mmg berbunga-bunga, yg tgh bercinta mmg boleh feeling gtu...





ni antara gambar yang sem[pat kami snap, sbb lagi best tgok live mmg kalo dok snap pic, bila masa aku nk tgok kan..haha



si iman mula2 happy, tp lama skit bila da byk sgt bunga api nyer, die bantai nk balik...jom balik mummy...jom balik pa...haha...aku syak die takut sebenarnya...




memang gojes, beberapa mlm jugak la putrajaya dicemari dgn bunyi dan bau asap...hahaha...tapi aku pon xtau sape yang menang..so next year kalo ade lagi moh kite ramai2 dok tepi tasik kat presint 5 tu tgok competition ni...sbb ni bkn yang biasa2 mcm korang tgok mlm merdeka/new year tu...huhu...

yg ni mmg 5star makcik ko bg...

Saturday, July 13, 2013

DARI GUNUNG KINABALU KE PULAU MANUKAN

Sebelum puasa haritu i pegi kk , sponsored by my abg ipar...huhuhu...mkn minum tu sama2 la, cume tiket flight kami 3 branak la die payung...syok gak sabah ni...

kami g 7-9 julai, guest what??? blk2 uma mlm tu xtau nk sahur ape 1st day pose lak 10hb tu kan...yg ade ikan bilis je akak borong dr sabah....hahaha

sahur bilis goreng kicap ajelah gamaknyer..hik3....

layan gambar dulu details nnt la yer...


Tuesday, June 25, 2013

PUNCA JEREBU JUN 2013

info menarik yg dipetik dari blog 

http://fadmuh.blogspot.com/2013/06/punca-jerebu-jun-2013.html


Punca Jerebu Jun 2013

Sejak beberapa hari lalu, jerebu di Semenanjung Malaysia kelihatan semakin memburuk. Apakah puncanya? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.

Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.


Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.


Imej dari Riauterkini.com bertarikh 18 Jun 2013 menunjukkan kebakaran yang tidak mampu dipadamkan. Cuaca kering mengakibatkan pembakaran terbuka tidak terkawal turut memusnahkan ladang-ladang kelapa sawit yang sedia ada oleh kerana tanah wilayah tersebut adalah dari jenis gambut.

Imej dari Riauterkini.com bertarikh 19 Jun 2013 ini pula menunjukkan seorang petugas berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah ladang sawit.

Adakalanya adalah tidak adil untuk terus menuduh aktiviti pembakaran terbuka sebagai punca kerana musim kemarau dan kepanasan bumi di tanah gambut di sana mampu menyebabkan kebakaran dengan sendirinya.  Ini juga berlaku di beberapa kawasan dalam negeri Selangor. Siapa yang mahu membakar kebun sendiri seperti di atas?

Namun, Indonesia menyebut, aktiviti pembakaran terbuka turut melibatkan syarikat perladangan Malaysia dan Singapura. Karikatur di bawah menterjemahkan sindiran tersebut.


Dan sememangnya pembakaran terbuka untuk pembukaan tanah ada berlaku di Riau seperti imej tidak bertarikh di bawah :


Sehingga semalam, jumlah titik panas di Riau terus meningkat dari 123 empat hari lalu kepada 194 semalam, namun tiupan angin barat tidak membawanya ke Kuala Lumpur melainkan ke Melaka, Johor dan Singapura buat masa ini. Namun tiupan angin tersebut boleh berubah bila-bila masa kerana tiupan tetapnya dalam monsun ini ialah dari barat daya Maka dengan tepatnya ia mengarah ke Lembah Klang. Jadi? Bersedialah.

Monday, May 06, 2013

DEMAM PRU13

hehe.....jgn xtau ni 1st time i mengundi, bkn nk kata, tp mmg aku antara anak muda melayu nk sedor tggungjawab pd negara...undi siapa itu rahsia..., tp bg aku, selagi melayu xbersatu, selagi itu org akan mudah amik kesempatan, xpayah jauh, kat tempat2 yg aku penah kerja dan skrg ni pon aku dah rasa mcm mana bila 'org lain' jd bos...yg xpenah rasa mmg xtau... xnak komen  lebih2..nnt org ckp macam2.. tp negeri kelahiran aku akan terasa kehilangan ketua menterinya yg telah lama berkhidmat ... xtau d mana silapnya, mungkin pd diri dia sendiri.. @ mungkin ada yg mmg ingin menjatuhkan dia.. siapalah kita untuk menilai seseorang itu....

pd aku apa2 isu yg dimainkan skali pon , dari mana2 pihak, politik di mana2 ceruk dlm dunia ini tetap kotor..ketua2 kamu semua ada kepentingan masing2...zaman ini, mmg tiada yg akan buat kerja semata2 kerana sukarela nk tolong kaum ini dan itu, semua parti, yg hijau, yg biru, yang merah, yg biru muda? bg aku sama ajer... mereka xkan jd ahli politik semata-mata untuk tolong korang...ahli bebas? mereka sekadar mengacau undi..mereka juga kdg2 tidak tahu kenapa mereka di situ... sekian, aku xnak tulis pjg2 nnt org salah tafsir...ini my personal opinion tidak ada kena mengena dgn sesiapa... cuma menyatakan rasa hati.. tahniah kpd yg menang, buat kerja anda, anda sudah dipilih walaupun anda menang hanya dgn 1 undi lebih dr lawan anda...sekian..

Wednesday, April 17, 2013

Cuaca Panas - info


Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai


Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai
1.  Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap
     kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan
     maut  contohnya akibat strok haba.
2.  Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat
     kumpulan yang lebih berisiko:

  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.



    Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang
    haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.
3. Gejala cuaca panas melampau adalah :
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot–otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
    Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan
    tidak sedarkan diri (koma).
4. Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas
    melampau:

    4.1 Anda Perlu :
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar
   4.2 Elakkan:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas
5.  Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat
     tip-tip di bawah;

  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal


ok kla tu saje info yg aku dapat drpd website moh ni   


yg lain mungkin u all bole cari lg & jgn lupa share dgn i k...
semalam i keluar menjalankan tugas kat area seri kembangan sgt la panas...rase mcm ikan kering kena jemur...kulit pon da makin gelap...apo nak di kato...sabo ajela... dugaan...byk2 doa supaya Allah turunkan hujan rahmat buat membasahi bumi yg kita pijak ini... kawasan klang n putrajaya sama aje pns nyer....hmmm...

k bye! take care semua... i pun da mcm nk selsema lagi jer...





Monday, April 15, 2013

WEEK END!!!

Semalam kami pergi Dataran Gemilang kat area 3 building baru kat putrajaya tu (arah ke PICC)...selalu kami pegi just tgok2 pesembahan main buble besar, sorry gambo iman main buble dalam fon papa...so nnt kite masuk gambo kemudian yer..huhu... last 2weeks pergi ada bdk2 sekolah alam shah buat pesembahan mmg kelazzzz...sedap suara budak tu...kalah artis2 mee segera yg ada sekarang ni u ols... semalam kami pegi tgok ade la shiha mentor tgh nyanyi pastu da, kak saida (kakak kpd dato' ct) mmg kecik aje orgnye saida ni...ptg tu saida pun nyanyi2 la lagu malam pesta muda mudi, dgn cik cik kebom huhuhu...lagu santai...die pon nyanyi smbil2 jln2 kat penonton...ade jugak hail amir...ala yg selalu duet ngan uji rashid tuu...


tapi...........


ptg tu kite xamik gambo ngn dieorg pon sbb kalo nk ikutkan senang sgt nk amik  gambar..sbb mmg xramai org sgt...santai@dataran gemilang tu pon xramai yg tau kewujudan nyer..baru lg...dlm 2 bln je kot...so ptg2 ahad kalo xtau nk wat ape sila lah ke citu...kat tgh2 bulatan kecik tu yer... ade gak jualan sikit2...kadang ade aerobik gak....so bole la buang lemak2 tepu kita ni...asik kumpul jer, bila lg nk buang yer dak..huhuhu

k la nnt i update gambo yer! 

Thursday, April 11, 2013

Aaron Aziz // lagi


aku terpikat kat lagu ni...sleeq n aaron...assalamualaikum semua....erm...sama mcm perasaan pertama kali terpikat dgn aaron....hahahha...apakah??? tettt...lupakan saja...he's someone husband n me is someone wife!

layan lirik ni...best...


Semangat aku yang membara
Sekuat semangat bercinta
Ku rela tinggalkan segala nya
Assalamualaikum semua
Bukan ku lupa
Ku tak akan lupa
Semuanya ku bawa ke situ
Soalnya di mana
Ke situ berada
Soalnya siapa berani ikut aku

Mereka kata ku lupa daratan
Dan ku hanya ingin mengejar nama
Mereka lupa ku mencari makan
Sampai bila aku nak tahan lapar
Kan ku janjimu untuk setia
Sekurangnya tiga tahun
Ku setia kalau kau bersabar
Kan dengan setiap naik ada turun
Mama ada papa ada
Tolong jaga kan mereka
Sayang fahamkan aku sibuk dengan bekerja
Dengan izin Tuhan perjalanan kita lancar
Nascar aku balik kampung macam askar
Semangat aku yang membara
Sekuat semangat bercinta
Ku rela tinggalkan segalanya
Assalamualaikum semua
Kan ku tinggalkan semuanya
Keluarga yang ku sayangi
Doa dari ibu ayah
Sokongan saudara
Memberi kekuatan padaku
Sepanjang perjalanan ini
Kadangkala di dalam kerjaya memerlukan pengorbanan
Dan pengorbanan itu penting di dalam kerjaya
Inilah cerita Aaron Aziz
Memang bukannya hatiku yang rela
Memang bukannya hatiku yang setuju
Untuk berjauhan dari keluarga
Untuk berpisah dengan buah hatiku
Ada yang kata diriku tak mampu
Bakat di wajah belum tahu laku
Janganlah coba diri sendiri yang malu
Ke mana pergi semangat orang melayu
Ku diberikan kekuatan
Danish Anaqi yang pertama
Keduanya insan yang terindah
Ku namakan dia Dwi Ariana
Cahaya mata yang melengkapkan keluarga Dahlia Arissa
Itulah hasil cinta diriku dengan Diyana
Semangat aku yang membara
Sekuat semangat bercinta
Ku rela tinggalkan segala nya
Assalamualaikum semua

Sunday, April 07, 2013

ANUGERAH BINTANG POPULAR 2012

 shaheizy sam kembali merampas takhta drpd abg aaron aziz...huhuhuhu...congrtaes 2 all e winners!!!


tp bg aku persembahan yg lain serabut kecuali yg legend tu jer sgt best...suara sume mantap lg kau...hahahaha...

yg paling tah ape2 wonder girls malaysia konon2 tu...sorry la. aku mmg xpenah suke nabila tu..huhu...tgok je la mlm td, abis sume org die nk laga2 pipi....huhuhu...xpelah, yg xbaik tu jdkan sempadan...ye dak..kite semua pon bkn nyer baik sgt ...huhuhu...


Thursday, April 04, 2013

cameron lagi??

pagi ni dapat berita yg bln 5 ni bahagian CD nak wat family day kat cameron??? huhuhu... pucuk dicita ulam mendatang, baru sebut nk gi, baru setahun x gi dah rindu kan jagung yg manis itu, ladang teh, roses, strawberry n more.....erm...kalau date family day tu aku xdpt g, aku tetap akan pegi jugak sendiri..hahaha...walaupun iman cam xbrape exited ngan cameron....huhu...



insyaAllah xde ape2 kite joinnyer family day itu....

Wednesday, April 03, 2013

Pembubaran parlimen!

Semua org da tau kot...hahaha... saje nk jugak post sbb ape?? Sbb aku exited 1st time nk mengundi....hahaha.... jgn xpecaya lak...cte nye begini, pru12 dulu tu thn 2008, bln april, birthday i bln 5....so  aku xckup umur la lg...,hahaha....kecian kan...bdk2 lg....ok la, tu je nk bgtau.bye!!

Monday, April 01, 2013

selamat pengantin baru dr.ramdzi!

semalam aku telah menghadirkan diri ke wedding classmate aku iaitu Dr.Mohd Ramdzi, dgn pasangannye Norhidayah.... selamat pengantin baru buat mereka, kebetulan rumah pengantin depan rumah aku jer, so sngla nk pegi jln kaki jer....huhuhu...

time2 mcm ni dapatlah bejumpa dgn kwn2 yg lama xjumpe, kejap pun xpe kan... :))


yg kanan tu pengantin lama, abaikan...haha, kat gambo bwh tu ramai bakal pengantin...tgh amik turn...

Saturday, March 30, 2013

jumpa hang tuah!

laki i mmg suke g perigi hang tuah ni ape nk dicari nyer xtau la..huhuhu,  sejuk air nyer...pastu die nk bli wajik sirat tu la skali...tapi kali ni kteorg pegi belakang sikit dr perigi ni, projek ni kami tahu, tp xsangka dah siap cantik untuk dikunjungi...huhuu...sesuai untuk outdoor pengantin ni...huhuhu, xtau la dah rasmi ke belum tapi da ade la org2 yg dtg jenguk...maybe bila da siap sepenuhnya akan ada aktiviti dan sebagainya la kot kan...lg satu bole jumpa hang tuah n frens kat cni...huhuhu...patung je la...


hang tuah n frens

Saturday, March 23, 2013

LAKSAM!


tengok je la gambo yer, husband i kate ok...hihihih.. senang jer buat nih....i buat sikt utk try test je ni...nnt lain kali bole buat byk sikit n bole bwk kat opis...hihihihi...malu....




Monday, March 18, 2013

antara Hong Kong Disneyland dan Universal Studios Singapore

Ramai yg tanya aku, mane lg best, disneyland VS uss, so ni aku nk bg pendapat aku je la, xde kena mengena dgn lain2 yer..huhuhu, bkn dapat komisyen daripada mane2 pihak pon...hahaha...just sebagai panduan sape2 yang ade hajat nak ke sana dan sape2 yg nak sesuaikan dgn diri dan anak2...dan ini antara tempat yang mudah dikunjungi di asia ni...nak pegi disneyland USA???? huh? tggu aku jd tokey emas dulu laa...tp time tu mesti aku decide nk g Mekah jer kan tiap2 tahun..hahaha...dah mula dah tu angan2 mat jenin aku...huhuhuhu....




 

kalo tanya aku, dua2 best, dua2 pun cntik...tp ini pendapat aku kalo aku seorg yg masih bujang dan pergi bersama kawan2 sebayaku...ceh wah...eh, i muda lg  tau...hahaha... sbb kalo korang pergi dgn kwn2/ bujang, korang bole fikir utk just redah n main ape2 jer games yg ade kat 2 tempat ni, tp kalau tanya pendapat aku as a mother kpd seorg budak lelaki berumur 1thn  6bln , aku rase disneyland is more heaven for him! sbb byk games kat ctu yg kami bole masuk sama2 have fun sama2...bole namapak keterujaan die, dengan parade yg ade 2times everyday (kami tgok 2kali okay), mmg sgt best... di USS parade hanya ada hari2 tertentu shj, dan time kterog pergi mmg xde, just ade performance biasa2 yg best jugak, tp x sehebat parade yg korang bole dgr suara budak jerit sana sini..aaaaahhhh.................! mickey loo, Mineyyyy.....hai....princess! dan mcm2 watak lagi yg akan di dgr...hahaha...aku n papa iman pun teruja, iman pon dgn semanagt nyer lambai sane cni......


Untuk 4D show, yang kat disneyland ada mickey philhar magic, just the same dgn shrek 4D show yg mmg best sgt...so utk yg itu sama la bg aku, dua2 mantap....!





tp utk TRANSFORMER RIDE mmg i bg 10star!!! walaweh...sgt best...ade mat saleh sebelah i naik utk kali ke dua u...huhu...jgn tanya kenapa beliau di sisi, dan bkn en.amer....hahaha, kan i naik single ride jer...so i main duduk je la...hihihi..



Untuk roller coster (BATLESTAR GALACTICA HUMAN & CYCLON ) kat SCI-FI CITYyg giler dan mmg tak kan aku naik ade kat USS but xde kat disneyland....kat disney cuma ada Grizzly Gulch yg biasa2 aje, bdk2 pun bole naik rasenya...huhuhu....Tp aku tetap xkan naik....huhuhu....


BATLESTAR GALACTICA HUMAN & CYCLON 

Grizzly Gulch


byk lg perbezaan sebenarnya, mcm cth, kat USS ade surau, kat Disneyland xde, kat USS boleh refill air kat disney xde camtu... tp ini secara ringkas la, so korang boleh decide kalo anak masih kecil, bole pilih disneyland....kalo anak dah besar2 mcm dah meningkat remaja mungkin bole cuba ke USS...sbb utk USS mmg kena ukur bagai, ko xckup 2cm pun die xbg masuk...huhuhu...cian gak la kat iman, tp mummy jji nnt die besar sikit mummy nk bwk die dtg lg orrrrrr kite request papa utk g tempat lain k...hahahhahaaha....gelak jahat!

ok, thats all 4 today....sbnrnye i batuk dan selsema lg ni...sgt xsht dr segi suara...huhuhu....ok.bye! happy  choosing!


Sunday, March 17, 2013

Universal Studio Singapore day 2


Penat dgn melekitnyer kat USS semalamnya tu buat aku rasa nk tido jer....huhu tp explorasi harus diteruskan, kami ke Bugis Street sbb nk bli sikit ole2 utk ank2 sdare.... kami kena igt hanya hand luggage okay...hahaha..tshirt kat uss dah dpt sorg selai, dgn tah ape2 benda kecik2 nyer, dgn botol air refill nyer..huhu so bli la t shirt I LOVE SG utk bdk2....keychain n pen kecik2...pastu g Arab Street terjumpe kedai makan  nama ZAM ZAM, murtabak die mmg superb wa ckp lu... sedap...menangis..hahaha..sape2 smpai cni tolonglah mkn kan utk aku...hahaha....tapaw pon xpe hihihi.... oh ya, utk ke bugis street sila turun MRT kat stesen Bugis yer... keluar ikut pintu C, ke Arab Street xprasan pulak ikut pintu B kot...sbb dari bugis street bole jer jln kaki ke arab street tapi....jauh la sikit, kena lintas jln bagai...kain lace cun2 mmg murah giler, i jln sorg kat cni sbb papa teman iman tido kat masjid Sultan yg xjauh dr ctu,
 so dieorg pon, menyapa aku,
 "masuk dik, murah2, masuk yang, tgok2"  aku rase cam nk grab gak 2,3 psg memandangkan duit SGDolar masih berbaki ditgn, tp pk nak bwk ke airport dgn xde luggage...xperla, nnt kita dtg naik kete, ajak ayong..kite borong yer..huhuhu....


ARAB STREET
MASJID SULTAN

dlm kul 4 cmtu kami dah g airport sbb tiket flight kul 6.35 ptg...ni gmbar kat airport jer..

bosan je muka tggu..huhuhu...

kalo sape dah penah smpai changi airport mesti tau suke tgok benda ni...best2...

lepak luuu tgok ipin...



kami smpai cpt 15mnt awl katenye walaupon sblum terbang kapten tu kate kat kl bad weather...i mula la, xle dgr benda2 cmni..huhuhu...alhamdulillah kami smpai dgn selamat, aku rase dlm 40mnt je kot atau less la...cmpur prosedur sume...yela dkt kan, tp kalo drive letih tuuuu....

ok lah...tutup crita SINGAPORE..nnt kite g tempat lain lak yer,
 insyaAllah...ade rezeki Allah nak jugak  ke tanah suci MEKAH...semoga dipermudahkan....aminn....









Saturday, March 16, 2013

Universal Studio Singapore tickets

FLIGHT KUL 7.20 ??? paling awal aku penah naik...hahahaha

bangun la 5.30 pg nk siapkan dak tecik pastu gerak gi erl..huhuhu...lapo kot, igtkan dah tempah nasi dlm flight, tp rupenya tempah utk blk jer..hahaha...mmg lapo...8lbih dah smpai kot...kejap sgt....anak aku punye la kuat die ckp time landing tu,mcm ni........"da ampai.....!" hahahaha....

lepas clear immi, trus ke terminal 2/3 naik sky train...weee....best2...mcm monorail tu...pastu amik MTR SMRT, mcm biasa la, map/laluan train mmg kena sentiasa di poket baju/ sluar ok...huhuhu....ni bole amik kat mana2 kaunter tren/ kaunter pertanyaan...




kena tgok btul2 yer map, mcm aku kat hk pon mmg begantung sepenuhnya kpd map , (di hk dipanggil MTR) dr Changi Airport,naik sila tkr train kat Tanah Merah pastu sila turun kat Outram Park, pastu naik ke Habour Front... pastu jln sikit ke vivo city (mcm sogo kat mesia) naik level 3, pastu bli tket 3.50SD sorg (bli tket guna jer machine, sng jer....pandai bace ok la tu mesti bole bli...hihihi...) bila dah smpai ke Sentosa Station ok....naik monorail smpai lah anda ke UNIVERSAL STUDIO ini...huhuhu...pastu masuk la guna tiket yg sudah dibeli / sila bli kat kaunter... masuk dan main lah ape saje ikut suke ati...hihihi yg penting tinggi mesti cukup yer kengkawan,,,kalo x nnt xbole masuk...no no no.... cian ank mummy...xpe nnt kite pegi lagi yer...huhuhu....



ni kalo xmasuk pon bole amik gambar kat cni...


iman takut...hahaha


ancient eqypt

tinggi giler kan mat saleh tu..trasa kecik diriku ini..huhuhu...

Friday, March 15, 2013

USS preview

tanggal 13 mac yg lalu adelah ulangtahun perkahwinan kami yg ke-3, kalo dlm fb ramai yg dah maklum kot sbb i ade post gambo mandi  main bunga atas katil tu kan, so kami telah meraikannya di.......


                                                               ..........


                                            ...............................................


            .............................................................................................................................



Universal Studio Singapore

surprise x? hahaha... ngade jer kan... sesunguhnye sgt la penat...xsama mcm disneyland aritu sbb kat hk sejuk, singapore panas melekit badan mak nak.... dgn iman pulak ngade xmau jln sgt, nk dukung jer....haih...

penat lg nih nnt i upload gambo yer....

frankly speaking mmg disneyland lg best untuk iman sbb tahap keterujaan beliau xsama kat cni n byk gak die xboleh masuk sbb xcukup ketinggian....huhuhu...kesian ank mummy, tp utk keselamatan die gak kan, tp mummy ngan papa dpt gak masuk yg lain2 tu, kami take turn...hihihi...naik single rider so xla Q pjg kan...time kami pegi pon ari rabu so xla padat sgt org, rilax jer... 

tapi........................................

sila ambil perhatian...penting ni...huhuhu

MALAYSIAN FOOD STREET DITUTUP PADA HARI RABU!!!!!!!!!!!!!!!!!!
SAYA ULANG DITUTUP !!!! TENSEN JERK....TIME AKU PEGI LA KO NK TUTUP KAN....






Wednesday, March 13, 2013

happy anniversary!!

hari ni annversary kami!!! 3tahun pahit manis bersama dan dikurniakan seorg anak lelaki yg
comel...alhamdulillah....hari ni kami di Singapore meraikan nya di USS...tq suami iaitu En Amer



gambar lepas nikah...huhuhu....

Saturday, March 09, 2013

karnival wow & upinipin!!!!!!!!

KARNIVAL WOW putrajaya, kami just pergi tgok upin ipin jer...hihihi...iman suke tak terkata bila nampak maskot ni, tapi bila dekat dan nak begambar die takot, yela beso sgt kot....paling best tgok die menari dok depan, xhirau kan dah mummy n papa, huhu tapi sekejap2 pandang gak ke belakang...haha tau takut....kami beli bebrapa barang2 upiipin ni buat koleksi....


Friday, March 08, 2013

LAHAD DATU

entah kenapa aku tak mau komen apa2 pasal ni....tp yg aku nak negara malaysia ni aman seperti sedia kala, aku tak pernah tefikir perkara ni jd kat negara aku, selalu aku tgok benda2 mcm ni jd kat luar negara jer...mcm2 komen +ve, -ve yg dilemparkan...hanya ALLAH yg tahu segalanya....doakan dan sedekahkan al-fatihah kepada mereka adalah lebih baik dr berkata yg bukan-bukan....

Friday, March 01, 2013

cars set

suke2.....suke.....
tikar cars

toy

beg cars

new collection, yg ni bli kat disneyland aritu, papa mmg suke, kalo satu jenis yg tu aje...anak nye  happy jer...