Tuesday, June 25, 2013

PUNCA JEREBU JUN 2013

info menarik yg dipetik dari blog 

http://fadmuh.blogspot.com/2013/06/punca-jerebu-jun-2013.html


Punca Jerebu Jun 2013

Sejak beberapa hari lalu, jerebu di Semenanjung Malaysia kelihatan semakin memburuk. Apakah puncanya? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.

Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.


Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.


Imej dari Riauterkini.com bertarikh 18 Jun 2013 menunjukkan kebakaran yang tidak mampu dipadamkan. Cuaca kering mengakibatkan pembakaran terbuka tidak terkawal turut memusnahkan ladang-ladang kelapa sawit yang sedia ada oleh kerana tanah wilayah tersebut adalah dari jenis gambut.

Imej dari Riauterkini.com bertarikh 19 Jun 2013 ini pula menunjukkan seorang petugas berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah ladang sawit.

Adakalanya adalah tidak adil untuk terus menuduh aktiviti pembakaran terbuka sebagai punca kerana musim kemarau dan kepanasan bumi di tanah gambut di sana mampu menyebabkan kebakaran dengan sendirinya.  Ini juga berlaku di beberapa kawasan dalam negeri Selangor. Siapa yang mahu membakar kebun sendiri seperti di atas?

Namun, Indonesia menyebut, aktiviti pembakaran terbuka turut melibatkan syarikat perladangan Malaysia dan Singapura. Karikatur di bawah menterjemahkan sindiran tersebut.


Dan sememangnya pembakaran terbuka untuk pembukaan tanah ada berlaku di Riau seperti imej tidak bertarikh di bawah :


Sehingga semalam, jumlah titik panas di Riau terus meningkat dari 123 empat hari lalu kepada 194 semalam, namun tiupan angin barat tidak membawanya ke Kuala Lumpur melainkan ke Melaka, Johor dan Singapura buat masa ini. Namun tiupan angin tersebut boleh berubah bila-bila masa kerana tiupan tetapnya dalam monsun ini ialah dari barat daya Maka dengan tepatnya ia mengarah ke Lembah Klang. Jadi? Bersedialah.

Monday, May 06, 2013

DEMAM PRU13

hehe.....jgn xtau ni 1st time i mengundi, bkn nk kata, tp mmg aku antara anak muda melayu nk sedor tggungjawab pd negara...undi siapa itu rahsia..., tp bg aku, selagi melayu xbersatu, selagi itu org akan mudah amik kesempatan, xpayah jauh, kat tempat2 yg aku penah kerja dan skrg ni pon aku dah rasa mcm mana bila 'org lain' jd bos...yg xpenah rasa mmg xtau... xnak komen  lebih2..nnt org ckp macam2.. tp negeri kelahiran aku akan terasa kehilangan ketua menterinya yg telah lama berkhidmat ... xtau d mana silapnya, mungkin pd diri dia sendiri.. @ mungkin ada yg mmg ingin menjatuhkan dia.. siapalah kita untuk menilai seseorang itu....

pd aku apa2 isu yg dimainkan skali pon , dari mana2 pihak, politik di mana2 ceruk dlm dunia ini tetap kotor..ketua2 kamu semua ada kepentingan masing2...zaman ini, mmg tiada yg akan buat kerja semata2 kerana sukarela nk tolong kaum ini dan itu, semua parti, yg hijau, yg biru, yang merah, yg biru muda? bg aku sama ajer... mereka xkan jd ahli politik semata-mata untuk tolong korang...ahli bebas? mereka sekadar mengacau undi..mereka juga kdg2 tidak tahu kenapa mereka di situ... sekian, aku xnak tulis pjg2 nnt org salah tafsir...ini my personal opinion tidak ada kena mengena dgn sesiapa... cuma menyatakan rasa hati.. tahniah kpd yg menang, buat kerja anda, anda sudah dipilih walaupun anda menang hanya dgn 1 undi lebih dr lawan anda...sekian..

Wednesday, April 17, 2013

Cuaca Panas - info


Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai


Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai
1.  Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap
     kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan
     maut  contohnya akibat strok haba.
2.  Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat
     kumpulan yang lebih berisiko:

  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.



    Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang
    haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.
3. Gejala cuaca panas melampau adalah :
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot–otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
    Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan
    tidak sedarkan diri (koma).
4. Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas
    melampau:

    4.1 Anda Perlu :
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar
   4.2 Elakkan:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas
5.  Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat
     tip-tip di bawah;

  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal


ok kla tu saje info yg aku dapat drpd website moh ni   


yg lain mungkin u all bole cari lg & jgn lupa share dgn i k...
semalam i keluar menjalankan tugas kat area seri kembangan sgt la panas...rase mcm ikan kering kena jemur...kulit pon da makin gelap...apo nak di kato...sabo ajela... dugaan...byk2 doa supaya Allah turunkan hujan rahmat buat membasahi bumi yg kita pijak ini... kawasan klang n putrajaya sama aje pns nyer....hmmm...

k bye! take care semua... i pun da mcm nk selsema lagi jer...





Monday, April 15, 2013

WEEK END!!!

Semalam kami pergi Dataran Gemilang kat area 3 building baru kat putrajaya tu (arah ke PICC)...selalu kami pegi just tgok2 pesembahan main buble besar, sorry gambo iman main buble dalam fon papa...so nnt kite masuk gambo kemudian yer..huhu... last 2weeks pergi ada bdk2 sekolah alam shah buat pesembahan mmg kelazzzz...sedap suara budak tu...kalah artis2 mee segera yg ada sekarang ni u ols... semalam kami pegi tgok ade la shiha mentor tgh nyanyi pastu da, kak saida (kakak kpd dato' ct) mmg kecik aje orgnye saida ni...ptg tu saida pun nyanyi2 la lagu malam pesta muda mudi, dgn cik cik kebom huhuhu...lagu santai...die pon nyanyi smbil2 jln2 kat penonton...ade jugak hail amir...ala yg selalu duet ngan uji rashid tuu...


tapi...........


ptg tu kite xamik gambo ngn dieorg pon sbb kalo nk ikutkan senang sgt nk amik  gambar..sbb mmg xramai org sgt...santai@dataran gemilang tu pon xramai yg tau kewujudan nyer..baru lg...dlm 2 bln je kot...so ptg2 ahad kalo xtau nk wat ape sila lah ke citu...kat tgh2 bulatan kecik tu yer... ade gak jualan sikit2...kadang ade aerobik gak....so bole la buang lemak2 tepu kita ni...asik kumpul jer, bila lg nk buang yer dak..huhuhu

k la nnt i update gambo yer!